Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Berikan Solskjaer jawatan tetap – Berbatov

Image result for berbatov solskjaerLONDON 11 Jan. – Dimitar Berbatov percaya Manchester United seharusnya memberikan jawatan pengurus tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer.




Solskjaer diberi tanggungjawab sementara bagi menggantikan Jose Mourinho hingga penghujung musim ini dan berjaya meraih lima kemenangan sejak berada di Old Trafford.

Kebanyakan pemain United berharap Solskjaer diberikan jawatan tetap selepas legenda kelab itu berjaya memberikan impak positif kepada semua dan bekas penyerang The Red Devils itu percaya dia adalah individu terbaik untuk posisi itu.




“Sekiranya prestasi mereka berterusan seperti ini, tiada sebab untuk dia tidak mendapat jawatan itu.

“Dia melakukan kerjanya dengan cemerlang. Pada penghujung musim, jika mereka kekal seperti ini, United seharusnya memberikan jawatan itu kepadanya tidak kira sama ada berjaya berada di kelompok empat teratas atau tidak,” katanya.-AGENSI