Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Anak hang dah selamat mandi darah’ jeritan akhir pembunuh kejam dua beradik

Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibunuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.YAN: “Anak hang dah selamat mandi darah.”

Itu jeritan terakhir didengar seorang ibu, Noorhasyelawati Yusoff, 37 tahun, selepas suspek memasuki rumahnya dan mengelar dua anaknya yang sedang tidur di dalam bilik di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam tadi.




Dalam kejadian 11.45 malam itu mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz, setahun, sedang tidur di dalam bilik.

Menceritakan detik ketika kejadian, Noorhasyelawati bersama dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba mendengar jeritan seorang lelaki memanggil nama suaminya, Idris Saad.

Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibunuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.

Tidak lama kemudian abang iparnya, Sobri saad, 52 tahun, turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu.

Sebaik pintu dibuka, suspek bertindak melibas parang mengenai pipi kiri Sobri.

Image may contain: 1 person

Suspek

Image may contain: one or more people, people sitting and motorcycleNo photo description available.

Sobri kemudian lari menyelamatkan diri dan pada masa yang sama suspek masuk ke dalam rumah dan cuba menikam Noorhasyelawati, bagaimanapun tersasar.

”Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai.




Ibu mangsa menunjukkan gambar arwah anak-anaknya

”Kemudian suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur,” katanya yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia terdengar suspek menjerit mengatakan anaknya sudah bermandi darah.

”Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong… tengok apa dia (suspek) buat dekat semua anak saya,” tambahnya.

Noorhasyelawati hanya tergamam sebaik kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya terbujur kaku berlumuran darah.

Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, suspek berjaya ditangkap orang kampung sebelum diserahkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.