Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Bakar mercun atas jalan, 8 lagi ditahan

KLANG: Lapan lagi suspek dipercayai mengganggu lalu lintas dengan membakar mercun di Bulatan Simpang Lima di sini, Sabtu lalu ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata semua suspek yang ditahan di sekitar Klang itu berusia antara 17 sehingga 42 tahun.




“Polis turut merampas sebuah lori, sebuah Toyota Hilux, motosikal, kereta Proton Wira serta pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.

“Enam suspek ditahan reman sehari, seorang suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini manakala seorang lagi akan direman esok.

“Dua suspek yang ditahan Selasa lalu ditahan reman selama empat hari bermula semalam,” katanya dalam satu kenyataan.





Semalam, dilaporkan tindakan dua lelaki mengganggu lalu lintas pengguna jalan raya dengan membakar mercun di Bulatan Simpang Lima di sini, Sabtu lalu dicekup polis.

Shamsul Amar dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas satu upacara pembakaran mayat di kawasan berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

“Lokasi kejadian dianggarkan lebih 20 meter dari tempat pembakaran mayat seorang individu yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Berdasarkan satu klip video yang tular di media sosial, beberapa lelaki menaiki motosikal menghalang lalu lintas di bulatan itu dan seorang daripadanya membakar mercun di tengah jalan.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan dua suspek berusia 20 dan 22 tahun di sekitar Klang pada jam 1.45 tengah hari dan 3.10 petang semalam,” katanya.

Shamsul Amar berkata, kedua-dua suspek mengaku berada di tempat kejadian bersama rakannya.