Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

TMJ ucap tahniah kepada Persija, sindir bekas pengendali JDT?

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Persija Jakarta yang disahkan memenangi Liga 1 Indonesia musim 2018.

Menerusi posting yang dimuatnaik Johor Southern Tigers, baginda turut mengucapkan tahniah atas kejayaan merangkul Piala Presiden, sebuah kejohanan pramusim yang dianjurkan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).





“Tahniah kepada Persija Jakarta kerana berjaya menjadi Juara Liga 1 Indonesia untuk kali ke-11 selepas kali terakhir menjuarainya pada tahun 2001.

“Selain menjuarai Liga 1 Indonesia, Persija turut berjaya memenangi Piala Presiden tahun ini.

“Tahniah sekali lagi saya ucapkan atas kejayaan meraih piala tersebut.” titahnya menerusi laman Facebook Harimau Selatan.

Dalam posting yang sama, beliau turut mengungkapkan satu ayat seperti berikut,

‘Some coaches only win with JDT. Never won before and doesn’t win now too.’

Ayat yang membawa maksud, “beberapa jurulatih hanya menang bersama JDT. Tak pernah menang sebelumnya dan selepasnya.”




Image result for gomez tmjDan sebahagian besar pengikut laman tersebut memberikan komen, ia sindiran secara terus kepada bekas pengendali JDT sebelum ini, Mario Gomez yang kini merupakan ketua jurulatih Persib Bandung.

Musim 2018 yang melabuhkan tirainya menyaksikan pasukan tersebut menamatkan kedudukan di dalam saingan Liga 1 di tempat ke-4.

Kejayaan merangkul kejuaraan Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta antara pasukan yang berpeluang untuk bertemu JDT dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Persija Jakarta yang juga merupakan pasukan lawan buat JDT dalam saingan Piala AFC pada musim ini akan menentang Home United (wakil Singapura) dalam perlawanan Playoff 1.

Pemenang Playoff 1 akan bertemu Newcastle Jets dari Australia untuk penentuan juara Playoff 2. Menunggu mereka di Playoff 3 pula merupakan juara ACL musim 2018, Kashima Antlers dari Jepun. – foxsport