Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tiada pilihan lain kecuali membawa pulang Piala AFF ke Malaysia!,” – Hamidin

BANGKOK: “Tiada pilihan lain kecuali membawa pulang Piala AFF ke Malaysia!,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.



Hamidin yang turun menyaksikan barisan pemainnya menempah tiket final di Stadium Rajamangala malam tadi mengakui ini adalah detik terbaik buat pemain Harimau Malaya menempa satu lagi sejarah dalam bola sepak negara selepas dikecewakan di pentas akhir empat tahun lalu.

“Syukur kerana kita berjaya melangkah ke final Piala AFF 2018 namun perlawanan akhir nanti adalah fasa yang jauh berbeza dan mereka perlu terus kekal fokus untuk aksi terbabit.

“Kita memasuki pertandingan ini jadi bagi saya, tidak ada harumnya kalau kita gagal menjadi juara pada edisi kali ini. Ini juga peluang terbaik untuk pemain mencipta satu lagi sejarah,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.




Mengulas lanjut aksi penuh mendebarkan itu, Hamidin jelas gembira dengan komitmen yang ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya menyingkirkan juara bertahan itu di laman sendiri.

“Saya katakan kepada pemain bahawa mereka akan berdepan perlawanan yang lebih sukar di sini dan terbukti, Thailand begitu bertenaga namun mereka dapat menyerap tekanan yang diberikan lawan.

“Pemain memberikan komitmen yang begitu tinggi dan semangat juang yang tidak mudah berputus asa apabila berjaya bangkit walaupun ketinggalan sebanyak dua kali.

“Bukan hanya setakat komitmen pemain tetapi saya kira kejayaan ini juga adalah berkat doa seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Menanti anak buah Tan Cheng Hoe adalah Vietnam atau Filipina namun Vietnam kini memiliki kelebihan agregat 2-1 dengan satu lagi tiket ke final akan ditentukan malam ini.



, ,