Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

TFC khaskan jersi no. 12 kepada penyokong

JERSI 12KUALA TERENGGANU 3 Dis. – Terengganu FC (TFC) memutuskan untuk ‘menghadiahkan’ jersi bernombor 12 kepada penyokong mereka bermula musim depan bagi menghargai segala pengorbanan yang telah disumbangkan selama ini.



Keputusan itu sekali gus menyaksikan yang pasukan berkenaan tidak akan lagi menggunakan jersi bernombor 12 dalam kalangan pemainnya ketika beraksi.

“Nombor itu bakal didedikasikan khas buat pemain paling istimewa kepada pasukan Terengganu, yang tidak pernah penat memberikan segalanya buat pasukan, tidak lain dan tidak bukan adalah penyokong kita.




“Bagi pihak TFC kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan aura yang luar biasa sepanjang musim 2018,” kata TFC dalam kenyataan yang dipetik dalam laman Facebook hari ini.

TFC berkata, musim 2019 akan diharungi dengan lebih bersemangat dan utuh semata-mata untuk Terengganu. – UTUSAN



, ,