Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tempoh operasi stesen minyak 18 jam, bukan lagi 24 jam

Pengusaha stesen minyakSHAH ALAM 29 Dis. – Pengusaha stesen minyak akan memendekkan tempoh operasi kepada hanya 18 jam berbanding 24 jam ketika ini, berikutan penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan yang ditetapkan kerajaan bermula Isnin ini.




Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana mereka tidak sanggup untuk menanggung kerugian besar ekoran dasar baharu tersebut.

Dakwanya, para pengusaha stesen minyak akan berdepan peningkatan kos operasi berganda bermula 1 Januari ini, kerana mereka terpaksa membeli stok minyak pada harga lebih tinggi tetapi perlu menjual pada harga lebih rendah.




“Paling utama kejatuhan 30 sen itu yang akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM42 juta sehari kepada industri. Pada 2014, kami kerugian RM62 juta sehari tetapi tiada siapa yang menggantikannya.

“Sekalipun jika dalam tempoh penetapan secara mingguan itu ada berlaku kenaikan harga minyak, jualan runcit kami masih tidak akan berupaya menampung jumlah kerugian ketika harga minyak jatuh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN