Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sumareh suntik dimensi baharu buat Harimau Malaya

Image result for sumareh tan cheng hoeKETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji impak yang diberikan oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh sepanjang kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 yang menyaksikan Harimau Malaya muncul sebagai naib juara.

Katanya, kehadiran pemain kelahiran Gambia itu telah memberi dimensi yang berlainan kepada skuad Malaysia khususnya di posisi serangan meskipun gagal menjaringkan sebarang gol.



“Kemunculan Sumareh sebagai pemain naturalisasi pertama telah memberikan perkembangan positif dalam usaha meningkatkan sedikit mutu bola sepak negara.

“Namun, kita tidak boleh mengharapkan lebih memandangkan ini adalah pe­ngalaman pertamanya di peringkat antarabangsa. Secara keseluruhan, saya anggap impaknya sangat positif,” katanya.

Sebagai rekod, Cheng Hoe berjaya menghidupkan kembali ‘aura’ Harimau Malaya pada kejohanan tersebut selepas berjaya melangkah ke pusingan akhir sebelum tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3 minggu lalu.

Sementara itu, bekas pe­ngendali pasukan Kedah itu percaya skuad Harimau Malaya memiliki masa depan yang cerah sekiranya berjaya menguasai aspek teknikal dengan lebih baik.

“Saya lihat secara taktikal kami sudah boleh bersaing dengan cukup kompetitif tetapi kekurangan yang ada ketika ini adalah daripada aspek teknikal.

“Namun, saya lihat ramai pemain bawah 23 (B-23) dan B-19 negara yang memiliki kualiti tetapi mereka perlukan pendedahan dan minit permainan dalam Liga Malaysia andai mahu meningkatkan keupayaan teknikal sekali gus menjadi aset kepada negara,” katanya.

Cheng Hoe yang dilantik menjadi ketua jurulatih negara untuk menggantikan Nelo Vingada pada tahun lalu akan tamat kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada penghujung bulan ini.



,