Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya juga ada masa depan tanpa United – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho mengakui kariernya bersama Manchester United berkecai selepas dipecat sebagai pengurus, namun pengendali dari Portugal ini mengesahkan tetap akan kembali ke bidang yang sama selepas ini.

United memecat Mourinho selepas kelab itu bermula hambar pada musim ini – paling teruk dalam tempoh 28 tahun dan digantikan dengan bekas penyerang, Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim.



“Manchester United ada masa depan tanpa saya dan saya juga ada masa depan tanpa United,” kata Mourinho kepada Sky Sports. “Kenapa saya perlu berkongsi perasaan saya, walaupun dengan penyokong?. Memang itu cara saya.

“Saya dianggap sebagai pengurus yang kritikal, meninggalkan kelab dan bercakap apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang patut dipersalahkan. Itu bukan cara saya.

“Saya mahu menamatkannya, sama seperti apa yang berlaku semalam dan saya suka katakan, semuanya sudah berakhir. Saya harap media menghormati cara dan pilihan saya.

“Sehingga saya kembali ke dunia bola sepak, saya mempunyai hak untuk hidup secara normal. Itulah yang saya mahu lakukan. Isu United, semuanya sudah berlalu.


Bekas boss Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid ini berkata, beliau akan mengenang memori positif sepanjang bertugas di Old Trafford, dan bukannya fokus kepada apa yang silap.

“Anda semua kenal saya. Saya tidak berubah, apa yang saya lakukan ketika meninggalkan Chelsea adalah sama seperti apa yang saya lakukan sekarang,” kata Mourinho.

“Saya kenang apa yang baik dan saya tidak bercakap apa yang berlaku di kelab. Kita patut berbicara banyak perkara yang baik, walaupun tidak sebaik mana, tetapi itu bukanlah diri saya. Semua sudah berakhir,” – Reuters