Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Rajevac belum terdesak tekan butang panik

Image result for Milovan Rajevac thailand malaysiaKUALA LUMPUR 2 Dis. – Ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac enggan menekan butang panik apabila gagal membawa pulang bekalan gol untuk aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember ini.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam merencatkan hasrat skuad Gajah Perang itu untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan satu gol.




Walaupun Malaysia akan bertemu Thailand di tempat lawan namun skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tetap memiliki peluang kerana jika Harimau Malaya mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri dengan jaringan satu gol sudah memadai untuk layak ke final dengan peraturan gol di tempat lawan.

“Saya tidak tertekan kerana di Bangkok nanti kami kena menjaringkan lebih banyak gol daripada Malaysia. Kami kena melakukan persiapan rapi bagi aksi timbal balik. Setiap kemenangan bagus untuk kami.

“Untuk aksi malam ini (semalam) perlawanan yang sukar kerana pemain hilang fokus dalam menterjemahkan gol. Bagaimanapun, apabila kami menyedari tidak boleh untuk memenangi malam ini penting untuk kami tidak tewas,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.





Dalam pada itu, Rajevac mengakui Thailand beraksi di bawah tahap sebenar apabila mereka dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang malah cita-cita mereka untuk mendiamkan penyokong Harimau Malaya tidak kesampaian.

“Saya fikir ini (bertahan) bukan pelan asal kami sebab kami tidak pernah turun beraksi dengan mentaliti untuk bertahan. Malaysia sangat bermotivasi apabila mereka begitu agresif dalam pemburuan gol untuk dibawa sebagai bekalan di Bangkok nanti.

“Begitu pun, kami bermain di bawah tahap sebenar dan saya faham dengan atmosfera di stadium ini. Saya yakin kami akan bangkit untuk aksi timbal balik nanti di Bangkok,” katanya lagi. – UTUSAN



,