Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengendali Naga Emas bimbang

Image result for Hang-seoKUALA LUMPUR: Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menyuarakan kebimbangan dengan kebangkitan Harimau Malaya menjelang pertembungan final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.



Meskipun diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan kali ini serta berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada saingan peringkat Kumpulan A di Hanoi, beliau tidak mahu anak buahnya memandang mudah kemampuan lawannya itu.

“Walaupun kami berjaya mengalahkan Malaysia di peringkat kumpulan, mereka membuktikan bahawa mereka memiliki beberapa penyerang bahaya. Kami perlu membuat persiapan dengan rapi. Semua pemain kena kekal fokus,” katanya dalam sidang media selepas aksi separuh akhir kedua di Hanoi semalam.

Hang-seo menyaksikan anak buahnya melangkah ke final buat kali pertama selepas muncul juara 2008 dengan menyingkirkan Filipina menerusi agregat 4-2.




Prestasi skuad Naga Emas ini bukan sesuatu yang mengejutkan selepas mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 Januari depan selain skuad bawah 23 tahun (B-23) yang turut dibimbing Hang-seo mara ke final Kejohanan AFC sebelum tewas kepada Uzbekistan 1-2 awal tahun ini.

Malah prestasi konsisten membolehkan Vietnam kini melonjak ke tangga 100 dunia berbanding Malaysia, 167.

Menurut Hang-seo, kejayaan melangkah ke final ini adalah hadiah buat pemain dan penyokong Naga Emas.

“Selepas 10 tahun, kami akhirnya berjaya beraksi di final Piala AFF sekali lagi. Ini adalah hadiah buat penyokong yang memberikan sokongan padu selama ini.

“Dan kepada pemain, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Mereka sudah memberikan aksi terbaik menentang Filipina dalam perlawanan malam ini (semalam),” kata pengendali dari Korea Selatan itu.



,