Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pakai gaun seksi, aktres Mesir berdepan hukuman penjara lima tahun

Image result for Rania YoussefAKTRES Mesir, Rania Youssef bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan mengenakan gaun yang didakwa ‘seksi’ ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Kaherah.

Gaun hitam berenda itu mendedahkan bahagian lengan dan kakinya.




Sekumpulan peguam kemudiannya memfailkan aduan kepada ketua pendakwaraya, dan perbicaraan Rania dijadualkan bermula pada 12 Januari 2019.

Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan pemakaian Rania itu tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat, dan memberi gambaran imej tidak baik kepada wanita Mesir.

Jika disabitkan kesalahan, Rania boleh dipenjara sehingga lima tahun, lapor Associated Press.





Image result for Rania YoussefMenerusi akaun laman sosialnya, Rania mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan menyifatkan ia sebagai satu salah faham.

“Saya tidak berniat untuk mencetuskan kemarahan sesiapa. Pakaian yang saya kenakan adalah hasil perbincangan dengan penata gaya.

“Gaun itu dipilih kerana kami menghadiri festival antarabangsa. Saya langsung tidak menjangkakan reaksi sebegini dan saya mohon maaf,” tulisnya.