Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki batuk hingga keluar serpihan peparu

Cebisan pokok bronkial

Pada minggu pertama dirawat, pesakit itu sering batuk dan mengeluarkan darah serta lendir sekali gus memberi tekanan kepada paru-parunya.




Pada masa sama doktor juga berusaha meningkat kadar oksigen pada pesakit dengan memberinya oksigen tambahan.

Bagaimanapun, pesakit itu terus batuk dengan kuat dan secara tidak sengaja satu cebisan pokok bronkial terkeluar dari mulutnya.

Pokok bronkial adalah beberapa saluran di dalam paru-paru yang menyalurkan udara ke dalam organ berkenaan.

Paru-paru manusia terlalu besar untuk masuk ke dalam saluran trakea tetapi dalam keadaan batuk yang terlalu teruk organ berkenaan boleh termasuk dalam ruangan antara tulang rusuk dan sebahagian terkeluar melalui mulut.





Doktor segera memasukkan tiub ke dalam mulut pesakit dan melakukan bronkoskopi untuk melihat keadaan paru-parunya.

Namun, doktor mendapati paru-paru lelaki itu mempunyai sedikit pendarahan di pokok basilar, yang menyalurkan darah yang kaya dengan oksigen.

Dua hari kemudian, tiub dalam mulut pesakit itu dikeluarkan dan dia tidak lagi mengalami batuk berdarah atau kahak.

Bagaimanapun, pesakit itu meninggal dunia seminggu kemudian akibat kegagalan jantung.