Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kanak-kanak 9 tahun ubah tradisi larangan bermain salji di Colorado

Range View Elementary School third grader Dane Best presented his argument to the town board trustees to change a law in Severance that bans snowball fights on Monday, Dec. 3, 2018, at the Town Hall in Severance, Colo. The board voted unanimously to approve the law change.SEJARAH tercipta apabila seorang kanak-kanak sembilan tahun mengubah tradisi lebih 100 tahun di Colorado.

Budak lelaki itu mencabar pentadbiran negeri itu supaya memansuhkan larangan bermain bebola salji di bandar Severance.




Dane Best mengakui telah bertindak mencabar kerajaan dan mempengaruhi mereka supaya mengubah perundangan dengan memberi alasan lojik.

“Kanak-kanak masa kini mahu bermain di luar dan tentunya kami perlukan sebab sebelum berbuat demikian,” katanya.

Malahan, katanya, kajian juga mendapati kurangnya kegiatan luar boleh menyebabkan seseorang itu obesiti, ADHD, murung dan tertekan.

Katanya, mengikut perundangan sedia ada yang berusia hampir 100 tahun itu, tiada siapa dibenarkan melempar batu, misil termasuk bebola salji adalah kuno kerana ia bermaksud kanak-kanak yang bermain bebola salji telah melanggar undang-undang.





“Kanak-kanak Severance mahukan peluang untuk bermain bebola salji sama seperti budak-budak lain di seluruh dunia.

“Kami mahu berlawan bebola salji tanpa melanggar undang-undang. Kami juga mahu suara kami didengar pihak berkuasa,” katanya.

Intipati perbahasan yang dikemukakan kanak-kanak itu telah mendapat perhatian dan ia sekali gus mengubah perundangan berkenaan.

Sebaik undian dibuat dan semua pihak bersetuju dengan saranan Best, atuk Bandar Severance telah memberi penghormatan kepada kanak-kanak itu untuk melemparkan bebola salji pertamanya secara sah.-BangkokPost