Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jawapan pedas Piya buat Bibi Ramjani; runding apa kalau senyap?

-baru ini Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menempelak bekas kapten, Badhri Radzi sebagai tidak menghormati kontrak kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai tunggakan gaji yang masih belum diterimanya.




Bibi Ramjani menjelaskan tindakan Piya kurang professional dan tindakan boleh diambil ke atasnya apatah lagi kedua-dua pihak masih dalam peringkat rundingan mengenai perkara itu.

Badhri atau dikenali sebagai Piya, tidak berdiam diri sebaliknya memberikan jawapan pedas kepada kenyataan puan presiden itu.

“Kontrak saya dengan KAFA sudah tamat bulan lalu, jadi saya tidak melanggar mana-mana kontrak, saya boleh bercakap kepada sesiapa mengenai hak saya. Sebelum ini pun dia (Bibi Ramjani) mengumumkan tidak lagi memerlukan khidmat saya dan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) menerusi media jugak, bukannya panggil bincang dulu dengan kami. Kami tahu kami sudah tidak diperlukan pun menerusi kenyataannya kepada media.

“Mengenai gaji, kalau dia panggil saya tiada masalah untuk bincang. Dia cakap sedang runding, runding apa kalau senyap. Mengenai tunggakan gaji ini saya sudah laporkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan harap ia akan diselesaikan dengan baik, saya cuma nak hak saya,” kata Piya seperti dilaporkan Berita Harian.

Piya juga menganggap setelah apa yang disumbangkannya kepada pasukan, apa yang akhirnya diterima adalah layanan seperti sampah oleh pengurusan baru.





“Sekarang ini KAFA tanya apa yang saya sumbangkan kepada mereka, masalahnya apa yang KAFA 2018 buat pada saya? Saya dapat separuh gaji pada April dan sampai ke hari ini tak dibayar gaji. Saya disisih dan tidak dibenar sertai latihan.

“Kalau kata saya tak bagi apa pada KAFA, sebelum ini saya sudah sumbangkan apa yang sepatutnya, bawa balik tiga piala untuk KAFA yang lama, tapi KAFA 2018 ini buat saya macam sampah,” ujarnya.

Sebagai rekod, Piya disisihkan daripada pasukan Kelantan ketika skuad itu dikendalikan oleh Fajr Ibrahim pada April lalu atas alasan tiada dalam perancangan, namun kontraknya tidak ditamatkan.

Walaupun masih berkontrak, Piya bersama-sama Amiridzwan Taj Tajuddin serta beberapa pemain lain yang mengalami nasib sama tidak dibenar menyertai latihan bersama rakan sepasukan.

Piya dan Amiridzwan kedua-duanya telah menyertai pasukan Liga FAM, Perlis untuk musim 2019.



,