Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hoki Piala Dunia: Malaysian Tigers pilih laluan sukar

JENTERA Malaysian Tigers, Azuan Hasan (kanan) cuba mengasak pemain KUALA LUMPUR 5 Dis. – Malaysian Tigers memilih laluan sukar untuk melepasi aksi peringkat Kumpulan D Piala Dunia 2018 apabila sekadar seri 1-1 menentang Pakistan di Stadium Kalinga, India.

Keputusan seri itu menyebabkan Malaysia berada di tangga keempat berkongsi satu mata dengan Pakistan di kedudukan ketiga dengan kelebihan jaringan.





Ini bermakna sekiranya Malaysia yang menghuni ranking 12 dunia mahu melepasi aksi peringkat kumpulan maka misi getir harus dilaksanakan iaitu mengikat pasukan No.6 dunia, Jerman untuk mendapatkan satu mata dalam aksi terakhir pada Ahad ini.

Dalam masa sama Malaysian Tigers juga harus mengharap Pakistan gagal mendapatkan sebarang mata sewaktu menentang Belanda.

Berdasarkan format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya. – UTUSAN