Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gara-gara buta IT, doktor muda gantung diri selepas lima hari bekerja

SEORANG doktor muda menggantung diri di sebuah hospital lima hari selepas memulakan kerjanya kerana tidak faham sistem Teknologi Maklumat (IT).




Mayat, Eduard Zigar, 25, ditemui di dalam sebuah bilik stor oleh rakan setugasnya, dua hari selepas membunuh diri.

Zigar yang juga warga Lithuania hanya sempat bekerja tiga syif di unit gastrousus, Hospital Queen Elizabeth, Birmingham sebelum mayatnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam, 23 Ogos lalu.

Perkara itu didedahkan dalam satu perbicaraan kes kematian Zigar di sebuah mahkamah di Birmingham.

Semasa perbicaraan, Zigar dilaporkan mengalami kemurungan sebelum bertindak membunuh diri.

Rakaman CCTV menunjukkan Zigar berjalan di sekitar hospital selama lebih sejam sebelum menuju ke sebuah bilik stor di Unit Penjagaan Ambulatori kira-kira pukul 6.59 petang.

Rakan setugasnya tidak fikir perkara buruk akan menimpa Zigar sehinggalah ibu bapanya menghubungi pihak hospital bertanyakan mengenai anak mereka.





Ibu bapa Zigar cuba menghubunginya tetapi gagal dan meminta bantuan pihak hospital untuk mencarinya.

Namun kakitangan hospital cuba memeriksa namanya di dalam sistem hospital tetapi tidak berjaya kerana berlaku kesilapan ejaan pada namanya.

Sebaliknya, ibu bapa Zigar dinasihatkan supaya membuat laporan polis mengenai kehilangan anak mereka.

“Doktor yang bekerja dengan Zigar menyifatkannya sebagai baik, berkebolehan, oleh itu kami menawarkannya tempat di hospital ini.

“Saya fikir dia seorang yang amat menyenangkan, sedikit gugup yang tidak biasa kita lihat pada seseorang yang baru mula bekerja.

“Zigar bergelut untuk menyesuaikan diri dengan sistem IT,” kata perunding Dr John Whiting yang pernah bekerjasama dengan mangsa. – Metro UK