Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

FAM sedia calonkan gol Syahmi untuk Anugerah Puskas FIFA

Image result for Syahmi SafariLapan pertukaran hantaran dilakukan sebelum pertahanan Malaysia, Syahmi Safari menerima bola daripada Matyo merembat masuk bola daripada luar kotak penalti menewaskan Chatchai Budprom sekaligus mendiamkan puluhan ribu penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala.




Gol penyamaan cantik pada minit ke-29 itu mendapat respon dan pujian ramai penyokong bola sepak termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin.

Ditanya samada gol tersebut layak dicalonkan oleh FAM untuk anugerah Puskas FIFA, beliau berkata akan berbincang terlebih dahulu dengan bahagian teknikal sebelum membuat keputusan lanjut.

“Saya nampak itu (gol Syahmi) yang terbaik dan saya akan bincang dengan bahagian teknikal sama ada jaringan itu perlu atau sesuai untuk kita calonkan nanti,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

Sebelum ini, pemain Pulau Pinang, Faiz Subri telah menggegarkan bola sepak antarabangsa dengan menjaringkan satu gol cantik menentang hukum fizik sekaligus merangkul anugerah Puskas pada acara tahun 2017.





Syahmi yang juga pemain skuad utama Selangor menyambut baik hasrat penyokong Harimau Malaya termasuk FAM yang mahu gol pada saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 tersebut dicalonkan ke anugerah antarabangsa.

“Saya rasa ada banyak lagi gol cantik yang dijaringkan sebelum ini oleh pemain lain. Tapi kalau betul, saya tak kisah dan menyambut baik benda itu,” katanya.

Jika gol tersebut berjaya dicalonkan, tidak mustahil seorang lagi pemain dari Malaysia berjaya merangkul anugerah berprestij tersebut buat kali kedua.



,