Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dia ingat aku ‘dak-dak’ WeChat? – Nabila Huda

Image result for Nabila HudaKUALA LUMPUR: Niat pelakon Nabila Huda menghantar mesej kepada seorang jejaka untuk bertanya mengenai pendaftaran talian internet bertukar lucu apabila individu terbabit meluahkan hasrat berkenalan dengannya.

Berkongsi insiden itu, Nabila memuat naik entri di Instagram yang menunjukkan paparan skrin perbualan antara dirinya dan jejaka yang mendakwa berasal dari Syria itu.



Bagi Nabila, kejadian itu sangat lucu apatah lagi dia sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.

“Orang nak daftar internet. Dia nak kenal-kenal pula. Karim.. Karim… (nama jejaka terbabit seperti didakwa) Buat hal lah kau Karim! Dia ingat aku ni ‘dak-dak’ (budak) WeChat ke? Hahaha…” selorohnya.

Semalam, Nabila berkongsi paparan skrin perbualannya dengan jejaka terbabit.





Pada mulanya, Nabila bertanya mengenai pendaftaran internet, namun, khidmat pengendali itu tidak ditawarkan di lokasi kediamannya.

Tidak lama kemudian, individu yang memperkenalkan diri sebagai Karim dan berasal dari Syria itu bertanya mengenai jumlah pengikut Nabila yang ramai. Dia kemudian menyatakan hasrat mahu mengenali Nabila dengan lebih mendalam.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, menganggap individu terbabit lucu. Malah, ada yang beranggapan lelaki berkenaan penipu.

Setakat ini, entri dikongsi Nabila berhubung insiden itu mendapat lebih 11,000 tanda suka dan 334 komen.



,