Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cheng Hoe yakin Thailand tak kebal di Bangkok

Image result for malaysia aff suzuki cup 2018KUALA LUMPUR: Rekod jaringan Thailand di Stadium Nasional Rajamangala pada kempen Piala AFF kali ini cukup menggerunkan namun jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tetap percaya anak buahnya boleh melakukan kejutan pada separuh akhir kedua Rabu depan.




Tanpa bekalan gol ke Bangkok selepas aksi pertama semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 0-0, ia dilihat misi sukar untuk Malaysia mara ke final buat kali keempat selepas edisi pertama 1996, 2010 dan 2014.

Selain rekod pertemuan terakhir yang memihak kepada pasukan juara bertahan itu dengan kemenangan 2-0 pada tahun 2000 dan 2014, mereka juga cukup garang bermain di laman sendiri pada kempen 2018 apabila meledak 14 gol termasuk ketika membelasah Timor Leste 7-0 pada aksi peringkat kumpulan.

Meskipun jentera serangan Harimau Malaya dilihat tumpul apabila mensia-siakan deretan peluang menentang Thailand semalam, Cheng Hoe tetap menaruh keyakinan tinggi mereka boleh menembusi kubu skuad Gajah Perang itu di Bangkok.

“Sekurang-kurangnya menang 1-0 sudah cukup kerana kita tahu apabila bertandang ke Stadium Rajamangala mereka sudah menjaringkan 14 gol jadi kita kena fokus dari awal permainan sehingga tamat perlawanan.





“Dengan cara kita bermain, jika kita kekal fokus, saya yakin kita boleh mendapatkan gol di Thailand,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.

Cheng Hoe yang berpengalaman selaku penolong jurulatih Datuk K Rajagobal ketika Malaysia menjulang kejuaraan pertama dan terakhir pada 2010 mahu anak buah bersedia untuk menyerap tekanan dan lebih tenang dalam permainan apabila beraksi di depan ribuan penyokong Thailand.

Namun apa yang meresahkan pengendali berusia 50 tahun itu adalah situasi dua tonggak utama iaitu Mohamadou Sumareh dan Syazwan Andik yang mengalami kecederaan hasmtring sehingga gagal menamatkan permainan semalam.

“Saya berharap Sumareh dan Syazwan akan kembali pulih sebelum perlawanan kedua nanti kerana mereka mengalami kecederaan hasmtring,” kata Cheng Hoe.

Tegasnya, Akhyar kini berada pada tahap terbaik untuk diturunkan bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang bakal dipimpin ketua pasukan skuad Gajah Perang, Chalermpong Kerdkaew.

“Kita tahu Akhyar mempunyai satu potensi yang besar dan boleh memberi sesuatu dan mengancam pertahanan Thailand. Tapi yang penting, saya mahu semua pemain bersedia apabila diperlukan,” katanya.



, ,