Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Chelsea cuba tawar Hazard gaji RM1.5 juta seminggu

Image result for Eden HazardLONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan The Blues sedia menawarkan kontrak lumayan kepada Eden Hazard dalam masa terdekat, namun terpulang kepada pemain bintang itu untuk membuat keputusan.

Chelsea berjaya menyambung kontrak salah seorang daripada pemain utama mereka Selasa lalu apabila pemain pertahanan Cesar Azpilicueta meneruskan komitmennya sehingga 2022.




Sarri juga berharap dua tonggak pentingnya, David Luiz dan Cesc Fabregas yang kontrak mereka akan berakhir musim panas depan turut membuat keputusan sama untuk terus kekal di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, fokus utama mereka ketika ini terarah kepada Hazard dan The Blues dikatakan bersedia menawarkan gaji £300,000 (RM1.5 juta) seminggu untuk memujuknya kekal.

Sebelum ini, Hazard, 27, mengakui berminat menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, namun pada masa yang sama memaklumkan dia juga mungkin akan mengakhiri kariernya di kelab London tersebut.

“Kita semua tahu Eden pemain yang sangat penting bagi kami, sama seperti pemain utama yang lain. Dia tonggak pen­ting bagi kelab ini.





“Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan. Kelab ini sanggup menawarkan kontrak baharu kepadanya secepat mungkin, tetapi tiada siapa tahu yang dia akan terima atau tidak.

“Saya mahu Eden kekal di sini, jika itu kemahuannya. Saya tahu ada perbincangan di antara kelab ini dengan ejen Eden, jika ada perkembangan terkini, sudah pasti kelab ini akan membe­ritahu saya,” jelas Sarri.

Terkini Hazard dilaporkan bersetuju dengan terma tawaran dari Real Madrid.



,