Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bantu United belasah Bournemouth, Pogba makin menyengat

BOS Manchester United Ole Gunnar Solskjaer bersedia menggunakan Paul Pogba dalam setiap perlawanan.

Aksi Pogba kembali menjadi sebutan selepas mengharungi situasi hambar selama beberapa ketika berada di bawah pengurusan Jose Mourinho.



Kemunculan Solskjaer menggantikan Mourinho sebagai pengurus sementara sehingga musim ini menunjukkan peningkatan positif selepas mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut.

Malah Pogba kembali menunjukkan taringnya dengan menyumbat dua gol pada aksi kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam perlawanan liga awal pagi Isnin.

“Kemahiran yang ditunjukan ketika menjaringkan gol pertama sangat menakjubkan,” ujar Solskjaer ringkas selepas perlawanan kepada Dailymail.


Pogba menjaringkan dua gol pada minit ke-5 dan 33′ diikuti Rashford (45′) dan Lukaku pada minit ke-72.

“Mungkin kami sudah tenang dan menyedari kami adalah Manchester United dan perlu berada di kedudukan teratas liga.

“Reaksi pemain-pemain juga kelihatan gembira dan inilah yang kami mahu. Pasukan perlu menikmati bola sepak, bekerja antara satu sama lain. Keputusannya di atas padang,” ujar Pogba di Skysports.