Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Akhyar Rashid lapor diri di kem Johor Darul Ta’zim

Pemain muda berbakat, Akhyar Rashid sah menjadi milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah laman rasmi JOHOR Southern Tigers memuat naik sebuah video pengenalan pemain sebentar tadi.



Video yang memaparkan seorang pemain memasuki bilik persalinan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin dan kemudiannya sebuah ungkapan tertera ‘Welcome To JDT’ sebelum memaparkan gambar Penyerang Terbaik ABK18.

Beliau menjadi bualan hangat netizen semenjak tamatnya kempen Piala AFF Suzuki 2018 ekoran tercetusnya kontroversi perebutan di antara majikan lamanya, Kedah FA dan JDT.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengatakan Akhyar Rashid telah menjadi ‘free agent’ manakala Kedah FA tetap dengan pendirian masih terikat dengan kontrak sehingga penghujung 2019.

Namun segala-galanya telah terungkai dengan video pengenalan oleh JDT ini dan Akhyar Rashid akan menguatkan lagi pasukan Harimau Selatan untuk kempen sulung Liga Juara-Juara AFC 2019 dan saingan domestik, Liga Malaysia. – foxsport



, ,