Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

20 kenderaan rosak selepas isi minyak, Petronas mohon maaf

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 buah kenderaan tersadai di tepi Lebuhraya Besraya pagi Jumaat selepas mengisi minyak di stesen minyak Petronas Solaris.

Kejadian itu menjadi tular di laman sosial apabila ramai netizen berkongsi gambar puluhan kenderaan yang rosak, dan tersadai di pinggir jalan.




Dalam satu kenyataan, Petronas Dagangan Berhad memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.

Petronas akan mengambil langkah seterusnya termasuk memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa.





Siasatan awal mendapati terdapat isu pengendalian minyak dipercayai membabitkan tangka minyak bawah tanah di stesen terbabit.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ekoran petrol yang diisi ke dalam kenderaan mereka telah tercampur dengan air yang memasuki satu tangki di stesen minyak tersebut.

Petronas Solaris ditutup serta merta untuk memastikan siasatan lengkap dijalankan pihak pengurusan.