Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

“Zamani Lupa Lirik Pun Boleh Ke Final Gegar Vaganza”

Image result for ZamaniKejayaan Zamani untuk layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza semalam menimbulkan cakap cakap belakang yang mengatakan pihak penganjur memilih kasih sedangkan penyanyi itu tidak memberikan persembahan sempurna.




Zamani dilihat seakan terlupa lirik pada segmen pertama untuk menyanyikan lagu Dekat Padamu (Yusry KRU) dan insiden itu menjejaskan persembahan beliau.

Penyanyi itu tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi supaya tidak ada salah faham dan menuduh beliau terlupa lirik.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari earpiece ketika itu. Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya”





“Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri,” jelas Zamani.

Zamani turut menjelaskan yang beliau berasa malu dan seakan putus asa selepas persembahan pertama yang memalukan itu namun beliau tetap memberikan persembahan yang terbaik untuk lagu kedua.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir. (rtky/m)



,