Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Real Madrid belasah Viktoria Plzen

Benzema made it 3-0 in the 37th minute and took his goal tally to 201 for Real MadridPLZEN, Republik Czech 8 Nov. – Real Madrid mengorak langkah besar bagi menempah slot kalah mati Liga Juara-Juara setelah membelasah Viktoria Plzen 5-0 dengan Karim Benzema menyumbat dua daripada empat gol yang diledakkan pada separuh masa pertama untuk kelab gergasi Sepanyol itu, hari ini.




Jurulatih sementara, Santiago Solari yang menerajui Real dalam aksi sulungnya pada Liga Juara-Juara bermula perlahan bersama kelab itu, tetapi dia berjaya menyerlahkan kehebatan Los Blancos selepas melengkapkan perlawanan tersebut dengan persembahan memukau.

Kejayaan itu juga kemenangan ketiga berturut-turut Real dalam semua pertandingan di bawah jurulatih sementara tersebut, dan Solari berkata, dia kini mahu memberikan tumpuan kepada perlawanan berikut pula berbanding statusnya di kelab berkenaan.

“Kami memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan ini dan ia berjaya dibuktikan. Kami memiliki para pemain yang datang ke sini dengan kemampuan menjaringkan banyak gol dan itu juga yang kami lakukan,” kata Solari.





Selain Benzema yang menjaringkan gol pada minit ke-20 dan ke-37, Casemiro (minit ke-23), Gareth Bale (minit ke-40) serta Toni Kroos (minit ke-67) turut menjadi penyumbang jaringan pada pertemuan itu.

Dengan dua perlawanan berbaki Kumpulan G, juara bertahan, Real kini berkongsi kedudukan teratas setelah mengumpul sembilan mata bersama AS Roma yang menewaskan CSKA Moscow 2-1. CSKA mengumpul empat mata, manakala Plzen mengutip satu mata. – REUTERS



,