Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

VIDEO Piala AFF: Malaysia benam Myanmar, mara ke separuh akhir

Image may contain: 3 people, people playing sport and outdoorPETALING JAYA: Malaysia mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas ke atas Myanmar pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe mara ke separuh akhir kejohanan ini.




Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berharap pasukan Harimau Malaya akan terus fokus untuk perlawanan seterusnya.

“Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Malaysia terutama Ultras Malaya yang telah hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya serta seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan pasukan negara.

“Tahniah juga buat ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai kerana telah berjaya membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

“Harap mereka semua terus fokus serta lebih bersedia,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi FAM selepas perlawanan.

Image may contain: 3 people, people playing sport and outdoorKemenangan itu menyaksikan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A setelah mengumpul sembilan mata dan hampir pasti akan bertemu Thailand yang dilihat tidak mempunyai masalah mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir mereka menentang Singapura pada Ahad sekali gus muncul juara Kumpulan B.

Sementara itu, Vietnam mengungguli Kumpulan A dengan kutipan 10 mata setelah melakar kemenangan 3-0 ke atas Kemboja pada perlawanan yang berlangsung serentak dan dijangka bertemu naib juara Kumpulan B, sama ada Singapura atau Filipina.


Lebih manis, kejayaan menewaskan Myanmar itu juga menamatkan kemarau kemenangan ke atas Myanmar dalam empat pertemuan terakhir, sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Myanmar adalah pada 2011 apabila mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Tiga gol kemenangan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (dua gol).



, , ,