Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ultras Malaya sedia takluk Stadium Rajamangala

Image result for ultra malayaKUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas mencatatkan rekod kehadiran ‘full house’ tertinggi dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2018, ‘ekor’ Harimau Malaya dijangka sekali lagi memenuhi Stadium Bukit Jalil Sabtu ini bagi perlawanan menentang Thailand.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya kini mengumpul ‘komrad’ atau ahli mereka untuk mengatur perjalanan ke Stadium Rajamangala, Bangkok bagi memberikan sokongan padu untuk aksi kedua peringkat separuh akhir nanti.





Apa juga keputusan yang dicatatkan pada aksi pertama pastinya tidak akan merencatkan perjalanan mereka selepas beberapa bas sudah ‘buka’ untuk tempahan di beberapa buah negeri.

“Jangan banyak fikir, jangan banyak tanya jangan banyak alasan. Bas-bas ke (Stadium) Rajamangala sudah dilancarkan, sila klik pautan aplikasi WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut.

Seruan Ultras Malaya“Pergerakan dari bahagian lain bakal menyusul, terus kekal fokus dengan maklumat lanjut dari kami,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun rasmi Ultras Malaya semalam.

Untuk rekod, pada kempen Piala Suzuki AFF 2014, terdapat tiga orang ‘komrad’ Ultras Malaya yang melakukan ‘kerja gila’ apabila memandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil ke Stadium Rajamangala biarpun terpaksa menempuh perjalanan di darat lebih 24 jam.


Difahamkan, sekurang-kurangnya lima buah bas termasuk dari Lembah Klang, Utara, Melaka dan beberapa lagi lokasi telah dibuka untuk penyokong-penyokong Malaysia.

Alternatif lain yang bakal digunakan gerakan penyokong ini adalah sama ada menerusi perkhidmatan tren atau pun kapal terbang.

Dan berita baiknya apabila taikun penerbangan tambang murah AirAsia, Tony Fernandez menerusi akaun Twitternya semalam mengesahkan beliau mempertimbangkan menyediakan pesawat khas membawa penyokong Malaysia ke Bangkok seperti yang pernah dilakukan pada Piala AFF Suzuki 2012.

“Saya sedang mempertimbangkannya,” kata Tony ringkas.

Pada peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2015, AirAsia menawarkan sebanyak 160 tempat duduk kepada penyokong dengan mengenakan bayaran hanya RM500 sahaja termasuk tiket perlawanan, tiket penerbangan pergi dan balik, makanan dan bas.

Carian harga tiket di portal AirAsia adalah RM317 untuk penerbangan pada hari perlawanan, 5 Disember sementara harga tiket pulang boleh didapati serendah RM255.

Ayuh ‘ekor’ Harimau Malaya, kita gegarkan Stadium Rajamangala! – UTUSAN



, ,