Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sesiapa bertanggungjawab sila letak jawatan – TMJ

Image may contain: one or more peopleKUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan kekecewaannya terhadap kritikan orang ramai terhadap reka bentuk trofi Kasut Emas Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK 18) dan meminta individu bertanggungjawab untuk segera melepaskan jawatan.




Kasut emas merupakan antara pengiktirafan tertinggi bagi setiap pemain dalam setiap majlis anugerah bola sepak namun reka bentuk trofi tersebut di malam ABK18 menjadi bahan jenaka peminat bola sepak tempatan dan dilihat seperti tidak bernilai.

Ekoran itu, MFL selaku pengendali liga bola sepak di negara ini menjadi sasaran utama kritikan dan Tunku Ismail jelas kecewa dengan perkara itu dan berharap tindakan segera diambil terhadap pihak bertanggungjawab.



“Saya ada dimaklumkan mengenai kualiti anugerah yang diberikan semasa ABK 2018 dan jelas sekali perkara itu tidak boleh diterima dan saya berharap sesiapa sahaja yang bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan.

“Baru 13 jam saya ke luar negara dan masalah sudah berlaku. Sesiapa yang bertanggungjawab, sila letak jawatan.

“MFL, selesaikan masalah ini dan berikan mereka (pemenang) anugerah yang lebih berkualiti. Utamakan kualiti dan bukan kuantiti,” katanya menerusi laman Twitter miliknya.-UTUSAN



,