Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Senyum kelat’ penyanyi baru ini sebab tak kenal Malique

Shalma Eliana rasa bertuah bertemu Malique.

PENYANYI baru, Shalma Eliana berkata dia tidak pernah mengenali penyanyi rap dan komposer terkenal Malique Ibrahim.

Mengakui lebih terdedah dengan muzik barat, Eliana, 18, bagaimanapun berbangga apabila single pertamanya berjudul Janji Terindah dihasilkan sepenuhnya oleh Malique dan Dedeq.




Shalma Eliana pertaruh Janji Terindah karya Malique dan Dedeq.

Image result for Shalma Eliana“Sejujurnya saya tidak mengenali siapa Malique sebelum ini kerana lebih terpengaruh dengan muzik daripada luar negara.





“Namun saya berasa teruja apabila menyedari bahawa saya dapat bertemu dengan seorang individu yang hampir mustahil untuk ditemui,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu Eliana yang juga mesra disapa Yana berharap single ciptaan dua komposer terkenal ini bakal memberi impak positif terhadap kariernya dalam industri muzik tempatan.

“InsyaAllah saya berharap agar sentuhan legend ini menjadi. Malah kita sendiri selalu tertungg-tunggu karya terbaru daripada Malique,” tambah Yana.