Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safiq Rahim tinggalkan JDT

Image result for safiq rahim jdtKUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dia bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan itu dan berkemungkinan menyertai kelab luar negara.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Beliau berkata, pemergian Safiq pasti dirasai memandangkan pemain tengah itu banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan JDT.




“Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami.

“Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya.

Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Super sebanyak lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata, kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.



“Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita tidak akan tahu sama ada Safiq akan kembali semula atau tidak suatu hari nanti. Saya pun tidak tahu.

“Pintu di Johor sentiasa terbuka untuk beliau dan walau apa pun, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dari saya, JDT dan semua penyokong serta Keluarga JDT. Macam mana sekalipun, anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari Keluarga JDT,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak mendedahkan destinasi bekas kapten Harimau Malaya berusia 31 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor dan PKNS FC.

Namun dalam satu jawapan balas JST kepada penyokong dalam ruangan komen menyatakan bahawa Safiq berkemungkinan akan bermain di luar negara.



,