Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Safawi mahu ledak untuk penyokong Harimau Malaya

Image result for Safawi RasidKUALA LUMPUR: Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid mungkin belum meletakkan namanya selaku penjaring dalam kempen Piala AFF tetapi dia tetap berpuas hati dengan persembahannya setakat ini.

Ketika Malaysia menewaskan Myanmar 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A, Sabtu lalu, Safawi hampir meledak gol pada minit ke-82 dan ia peluang terbaik diperoleh pemain berusia 21 tahun itu dalam tiga penampilannya dalam kesebelasan utama.




Sekalipun terus buntu, ia belum meresahkan pemain paling bernilai pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 itu yang menegaskan keutamaannya adalah untuk membantu pasukan.

“Secara peribadi saya puas hati dengan persembahan saya sekalipun tidak menjaringkan gol kerana saya membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya.

“Kami membantu satu sama lain dan hari ini mengenai saya membantu pasukan. Dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir saya, kami menerima banyak aduan (mengenai prestasi pasukan) dan kami ini bermain dengan baik kerana saya dapat lihat kami makin serasi.”





Pemain Johor Darul Ta’zim itu turut berterima kasih kepada peminat yang memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil dan menegaskan kepentingan serta peranan ‘pemain ke-12’ itu ketika aksi seterusnya menentang Thailand.

“Ini kali pertama saya bermain dalam stadium yang penuh kerana kebiasaannya ia berlangsung di Shah Alam jadi saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memenuhi stadium kerana kami memerlukan mereka terutama ketika bermain di gelanggang sendiri.”

Bagi aksi separuh akhir pertama menentang Thailand di Stadium Nasional, Sabtu ini, Safawi mendedahkan jurulatih Tan Cheng Hoe menasihatinya supaya lebih berdisiplin.

“Jurulatih memberitahu kami supaya memperbaiki tahap disiplin kerana kami sedar ketika aksi dengan Myanmar, ada begitu banyak serangan balas tapi kami sudah bersedia ditambah barisan pertahanan kami turut menakjubkan.”



,