Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ranking Fifa: Harimau Malaya naik ke tangga 167

PETALING JAYA: Harimau Malaya naik dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-167 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang diumumkan pada Khamis.




Ia susulan prestasi cemerlang Harimau Malaya ketika membenam Myanmar 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018 bertemu Thailand, Sabtu ini.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang berada di kedudukan ke-169 bulan lalu, mengumpul sejumlah 984 mata untuk berada di belakang Filipina (114), Thailand (118), Myanmar (139), Indonesia (160) dan Singapura (165).

Ranking terkini yang diumumkan Fifa ini menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan ke-35 Asia.

Sementara itu, Belgium terus mengungguli kedudukan teratas 1,727 mata, diikuti juara Piala Dunia, Perancis di tempat kedua dengan mengumpul 1,726 mata.

Selain itu, Brazil dan Croatia pula mengekalkan kedudukan masing-masing di tempat ketiga dan keempat, manakala England menghuni tempat kelima dengan 1,631 mata.

Seterusnya, Portugal pula naik satu anak tangga, manakala Uruguay jatuh ke kedudukan ketujuh dikuti Switzerland (8), Sepanyol (9) dan Denmark mengekalkan kedudukan masing-masing.

Senarai 10 pasukan teratas:

1. Belgium

2. Perancis

3. Brazil

4. Croatia

5. England

6. Portugal

7. Uruguay

8. Switzerland

9. Sepanyol

10. Denmark



,