Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pesawat terlajak 50km dari destinasi selepas juruterbang tertidur

Image result for Piper PA-31CANBERRA: Sebuah pesawat kecil terlajak sejauh 50 kilometer dari destinasi selepas juruterbangnya tertidur ketika penerbangan.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu, insiden luar biasa itu disiasat sebagai satu kes kecuaian juruterbang.




Mail Online melaporkan, pesawat jenis Piper PA-31 yang disewa berkenaan berlepas dari Devonport di Tasmania menuju ke King Island.

Bagaimanapun, data penjejak pesawat menunjukkan pesawat itu terlepas destinasi pendaratan sejauh 46 kilometer.

Pesawat itu kemudiannya mendarat pada jam 6.21 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang King Island berhampiran bandar Currie.

Akhbar The Australian melaporkan, pesawat dua enjin itu boleh membawa sembilan penumpang dan dikeluarkan pada 1975.





ATSB dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan menyemak semula prosedur operasi syarikat Vortex Air yang mengendalikan pesawat itu dan menyoal siasat juruterbang.

Agensi itu percaya juruterbang tertidur ketika penerbangan menyebabkan pesawat itu terlajak dari destinasi sejauh 46 kilometer.

Kejadian itu dianggap sebagai insiden operasi yang serius dan ATSB menyiapkan laporan akhir siasatan.

Laporan insiden itu dijangka didedahkan selepas siasatan tamat pada Mac 2019.