Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Persatuan penganut Hindu minta suspek pukul Adib serah diri

Persatuan penganut Kuil Sri Maha Mariamman menggesa pihak yang menyerang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam insiden rusuhan Selasa lalu menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Penasihat persatuan itu, Balakrishnan Appalanaidu, dalam menyatakan rasa kesalnya berhubung insiden berkenaan, berkata pihak yang mencederakan Muhammad Adib telah merosakkan imej kuil berkenaan.




“Hari ini kalau rumah kita terbakar pun kita panggil bomba padam. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

“Ini bukan tanggungjawab pengurusan kuil. Ini menjatuhkan nama imej kuil.

“Kita minta polis siasat tak kira siapa mereka. Kita pun memohon masyarakat, sesiapa yang mempunyai maklumat, kalau betul Muhammad Adib dipukul, suruh (pihak yang bertanggungjawab) serah diri.

“Serah diri! Jangan pandai-pandai buat hal lepas tu diam,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.




Image result for Adib Mohd KassimBalakrishnan hadir menemani tiga penganut Hindu kuil berkenaan dalam perbicaraan berhubung pemindahan tapak kuil berkenaan.

Muhammad Adib, 24, merupakan anggota bomba yang cedera selepas dipukul dalam insiden rusuhan berhampiran kuil di Subang Jaya pagi Selasa lalu.

Beliau sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi hospital di Subang Jaya sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Muhamad Adib dipindahkan ke IJN bagi membolehkan beliau menggunakan peralatan khas yang diharap dapat membantu beliau pulih lebih cepat.

Sementara itu, Balakrishnan menambah, bahawa penganut Hindu di kuil berkenaan juga mendoakan agar anggota bomba berkenaan pulih segera untuk menceritakan kejadian pada malam itu.