Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemuda menyamar polis untuk pikat wanita berdepan hukuman penjara

Image result for Ari Septian PratamaSEMATA-MATA untuk memikat wanita, seorang lelaki menyamar sebagai polis dengan memakai uniform pasukan keselamatan itu lengkap dengan senjata api mainan.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi warga Indonesia ini apabila tindakannya yang menyalahi undang-undang terbongkar.




Lelaki berusia 21 tahun itu kemudiannya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Ari Septian Pratama yang berasal dari Sumatera Selatan, Palembang, dilaporkan berpura-pura menjadi seorang pegawai polis selama sebulan sebelum ditahan pegawai polis.

Pratama mengaku bersalah berlagak seperti ‘Dr Julian Saputra’, dengan memakai pakaian seragam polis yang dijahit khas serta lencana pasukan itu.

Pemuda itu juga memberitahu orang ramai bahawa dia adalah anak ketua polis wilayah Sulawesi Tenggara dan pegawai forensik pasukan polis.

Rupa-rupanya, dia melakukan semuanya untuk menarik perhatian wanita dan berhasrat mendapatkan temujanji dengan mereka.

Taktiknya terbukti berkesan, kerana dia mendakwa berjaya meyakinkan 10 wanita untuk keluar bersamanya, termasuk penjawat awam, jururawat, doktor dan seorang ahli politik.

Pratama menyewa sebuah kereta mewah dan memberitahu mangsanya bahawa dia mahu berkahwin dengan mereka semata-mata untuk meniduri wanita berkenaan.





Image result for Ari Septian Pratama“Saya berjanji dengan ramai wanita bahawa saya akan berkahwin dengan mereka. Secara jujurnya, saya tidak dapat wang daripada mereka tetapi saya dapat tidur dengan mereka,” kata Pratama.

Polis palsu itu juga menafikan menggunakan identitinya untuk mengaut keuntungan, tetapi dua mangsanya mendakwa dia menggunakan kuasa veto untuk mengambil wang mereka daripada mesin ATM.

Pratama mendedahkan perlakuannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sumatera Selatan di Palembang, dan dia berkata bahawa semuanya bermula sebagai satu cabaran di platform langsung, Big Live.

Dia mendakwa seseorang mencabarnya untuk melakukannya dan juga menawarkan untuk membayar Rp5 juta (RM1460) untuk pakaian seragamnya dan semua barang yang diperlukan bagi menyamar sebagai seorang polis.

Pratama ditahan pada Isnin di sebuah hospital di Palembang, selepas seorang wanita yang keluar dengannya menjadi curiga dan bertanya kepada polis sebenar jika adalah Dr Julian Saputra yang bekerja di situ.

Selepas mendengar cerita wanita itu, mereka segera mencari doktor forensik palsu itu dan ia tidak mengambil masa lama sebelum mereka menemui Pratama.

Pada hari penangkapannya, Pratama memakai pakaian seragamnya yang palsu.

Jika didapati bersalah menyamar sebagai anggota polis dan megambil duit mangsa, Pratama boleh dijatuhi hukuman penjara. – Oddity Central



,