Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

‘Pelakon’ yang dikatakan hodoh pertahan Aliff Syukri

 PETALING JAYA: Wanita yang terlibat dalam kontroversi yang dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akhirnya tampil bersuara untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menerusi rakaman video terkini yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, wanita tersebut berkata: “Lagipun, pasal semalam tu, ia sebahagian daripada kerja saya untuk buat benda tu.




“Kepada netizen di luar, anda perlu ambil perkara ini secara positif,” ujarnya.

Aliff Syukri turut menjelaskan bahawa beliau tak mungkin menyentuh muka penonton dengan sengaja dan memilih untuk mengalah sekiranya perkara itu menyinggung perasaan sesiapa.

Penonton yang terbabit dalam insiden itu mendakwa segalanya telah dirancang.

Image may contain: one or more people, people standing and indoorMenjawab penggunaan perkataan ugly (hodoh) yang diungkapkan oleh Aliff Syukri semasa program Gegar Vaganza itu bersiaran secara langsung, usahawan tersebut menjelaskan beliau sebenarnya ingin menyebut perkataan ‘kusam’.

“Saya sebenarnya nak beritahu kusam, tapi bahasa Inggeris tak ada, jadi saya pun tercakap (perkataan ugly).

“Saya minta maaf dan mungkin juga kepada keluarga Ila kan? Mereka tidak faham kami punya tugasan dan rancangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengasas produk D’Herbs itu turut menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri dan meletakkan diri mereka di tempatnya sebagai penaja program tersebut.

Menurut Aliff Syukri, program tajaannya itu bernilai jutaan ringgit, sudah tentu ia mempunyai konsep dan sudah dirujuk kepada semua pihak.



Perbuatan Aliff Syukri tersebut mencetuskan kemarahan netizen dan beberapa selebriti tanah air yang rata-rata tidak setuju dengan tindakannya.

Terdahulu, mStar melaporkan, isteri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kesal dengan tindakan orang ramai terus mengecam suaminya, susulan komen yang dianggap menghina penonton di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nur Shahida bagaimanapun mengakui Aliff yang merupakan penaja utama konsert GV5 sering ‘terlepas cakap’ semasa bersiaran langsung.

I dah cakap dengan you tak perlu keluar TV sebab tak semua faham cara you cakap sebab you suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris. Tak pasal banyak betul orang yang ‘sekolahkan’ (kritik) you hari ni, Datuk, Dr lah,chef lah, artis semua adalah.