Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki cuba bunuh diri di KLCC tertekan bebanan hutang

LELAKI yang cuba membunuh diri apabila mahu terjun dari tingkat enam di Suria KLCC, Kuala Lumpur, hari ini dipercayai tertekan dengan bebanan hutang.

Mangsa berusia 49 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas lebih satu jam berdiri di bahagian penghadang besi di lokasi terbabit.




Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.52 petang.

“Seramai 15 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati lelaki itu cuba terjun dari tingkat enam bangunan berkenaan. Kami mengambil masa lebih satu jam untuk memujuk mangsa,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.





Nordin berkata, pihaknya turut memasang jaring pada tingkat satu sebagai langkah awal menyelamatkan mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bertugas, 7.03 malam tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa bertindak sedemikian (cuba membunuh diri) selepas tertekan mengalami beban hutang,” katanya. – HMetro