Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kurang info, tutup mulut! – Altimet balas komen netizen minta ‘Bunga’ tarik diri AJL33

Image result for AltimetPENYANYI Rap, Altimet memberitahu lagu Bunga nyanyiannya akan dipersembahkan oleh penyanyi lain pada Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang akan berlangsung Februari, tahun depan.

Menjawab komen seorang netizen di Instagram yang memintanya mengundurkan diri selepas mengumumkan bersara, Altimet menjelaskan anugerah berprestij itu mempertandingkan lagu serta lirik dan bukannya penyanyi yang membawa karya tersebut.




“Saya kata saya nak berhenti buat persembahan, jadi lagu Bunga ni orang lain akan persembahkan. Saya tulis lirik lagu ni, AJL ni pertandingan tulis lagu, bukan pertandingan menyanyi.

“Kalau tak cukup maklumat jangan buka mulut, nanti ada orang kat sini label awak bingai, bukan saya (kata), saya tahu awak kurang maklumat. Terima kasih sebab bagi pandangan,” tulisnya di laman tersebut.

Altimet jawab komen seorang netizen.





Altimet menjawab komen pedas seorang netizen yang memintanya menarik diri dari pentas AJL dan memberi peluang kepada lagu lain untuk menyertai pertandingan itu.

“Kalau nak bersara tolong undur diri dari AJL, biar lagu lain masuk, tahun lepas sembang cakap nak bersara tapi tahun ni masuk balik. Sembang je,” komen pengikut berkenaan.

Sebelum ini, Altimet mengumumkan akan bersara sebagai penyanyi pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40, pada 27 November ini.

Bagaimanapun, dia tidak akan berhenti dari terus menulis dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain kerana itu adalah minatnya.

Dalam separuh akhir muzik-muzik ke-33 (SFMM33), lagu Bunga nyanyian Altimet lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingam dan Altimet layak ke AJL33 bersama 11 lagu yang lain. – mStar



, ,