Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hampir musnah sewaktu mendarat, kapal NASA hantar gambar pertama dari Marikh

The Instrument Deployment Camera (IDC) took this picture off the Martian surface on Nov. 26, 2018KENDERAAN robotik pertama NASA akhirnya berjaya mendarat di planet Marikh setelah merentasi ruang angkasa selama enam bulan.

Mengembara sejauh 301 juta batu dari bumi, ia tiba ke destinasi berkenaan pada Isnin sebelum menghantar gambar rasmi pertama dari kenderaan itu.




Gambar berkenaan memaparkan permukaan planet itu, tanah dan partikel debu berwarna merah.

Menurut pasukan kawalan misi itu, kenderaan berkenaan mengalami kesukaran selama tujuh minit sewaktu melakukan pendaratan.

First imageMalah kata mereka, tujuh minit berkenaan begitu genting kerana ia berisiko memusnahkan kenderaan berkenaan.

Pasukan berkenaan meraikan kejayaan inSight yang berjaya mendarat di Marikh.

“Pada waktu itu, ia memasuki atmosfera Marikh dengan perlahan-lahan dan akhirnya berjaya mendarat dengan selamat,” ujar pasukan terlibat.

Pendaratan itu disahkan oleh jurutera di Jet Propulsion Laboratory (JPL) yang berpangkalan di Los Angeles berdasarkan signal yang dihantar ke bumi menerusi dua satelit mini yang dilancarkan bersama, sebelum ini.

Malah, ahli pasukan tersebut dilaporkan bersorak dan bertepuk tangan sewaktu menerima data bahawa pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat.





InSight landerDalam pada itu, gambar pertama itu turut dimuat naik ke laman Twitter oleh NASA.

Kenderaan itu dilancarkan ke Marikh pada Mei lalu dari California.

Ia bakal berada di sana selama 24 bulan bersamaan setahun di Marikh untuk membuat bacaan suhu dan merungkai misteri mengenai pembentukan planet berkenaan.

Pesawat itu dikenali sebagai InSight dan memiliki berat 360 kilogram. – Daily Star.