Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hafizul Hakim bakal sertai Muangthong United?

Image result for Hafizul Hakim KhairulIPOH: Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menyatakan hasrat untuk menimba pengalaman di kelab luar negara bagi memantapkan lagi permainannya pada masa akan datang.

Hafizul ketika dihubungi NSTP berkata, kontraknya bersama The Bos Gaurus (TBG) akan tamat bulan ini dan akan memikirkan masa depannya selepas berakhir Piala Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018.




Pemain berusia 25 tahun itu berkata, seorang ejen pemain ada menemuinya baru-baru ini dan bertanyakan sama ada dirinya berminat untuk bermain dengan kelab di Thailand.

Katanya, tiada sebarang tawaran atau perbincangan lanjut diadakan dengan ejen berkenaan kerana ejen itu hanya bertanyakan mengenai hasratnya.

“Ada ejen pemain datang berjumpa dan tanya sama ada saya berminat untuk bermain dengan kelab di Thailand dan saya menyatakan yang saya berminat namun saya tidak menganggap itu sebagai tawaran lagi.”


“Saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi kerana sekarang sedang fokus menghadapi Piala AFF dan keputusan akan dibuat selepas berakhirnya kejohanan ini,” katanya yang sedang bersama skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF 2018.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Hafizul akan berhijrah ke kelab Muangthong United di Thailand musim hadapan selepas kontraknya bersama pasukan Perak akan tamat bulan ini.

Sementara itu, Hafizul berkata, dia juga ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan negeri dan kelab namun enggan mendedahkannya.

“Memang ada tawaran dari pasukan lain namun tidak boleh mendedahkan nama pasukan itu dan seperti saya katakan yang saya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada kekal dengan Perak atau sebaliknya,” katanya.