Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Genting saman Walt Disney, Fox RM4 bilion

Image result for kasino Genting Malaysia theme parkNEW YORK : Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh pemilik kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.




Menurut Genting, ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada kompleks Resort World Genting.

Disney tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dihubung untuk mendapatkan komen.

Jurucakap Twentieth Century Fox Film, Dan Berger yang juga antara defendan enggan memberikan sebarang komen.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Daerah Los Angeles ketika Disney sedang bersiap sedia menyempurnakan pembelian aset Fox bernilai AS$71.3 bilion (RM298 bilion) yang dijangka selesai menjelang suku tahun pertama 2019.

Genting berkata, masalah bermula apabila Fox merancang penangguhan beberapa tahun untuk memaksa kontrak berkenaan menjalani rundingan semula.





Menurut aduan itu, Disney adalah pihak yang membuat keputusan dan mahu menamatkan kontrak terbabit kerana kerjasama dengan syarikat perjudian tidak memenuhi strategi ‘mesra keluarga’ jenama berkenaan.

Genting berkata, Fox mengeluarkan notis tindakan dengan harapan dapat menamatkan kontrak dan ‘ia konsisten dengan hasrat Disney mahu mematikan perjanjian’ itu demi faedah sendiri.

“FEG tidak berhak untuk menamatkan perjanjian ini dan Fox serta Disney bertanggungjawab atas kerugian berbilion dolar kerana sikap mereka,” kata aduan itu lagi.

Genting sudah membuat pelaburan berjumlah lebih AS$750 juta (RM3.1 bilion) di dalam syarikat Fox World.