Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Freddie Mercury ‘Biryani Wrapsody’ tular di Twitter

 Wajah lelaki yang dikatakan seiras dengan Freddie Mercury.

PETALING JAYA: Sebuah posting di Twitter tentang lelaki mirip Freddie Mercury di sebuah restoran tempatan menjadi tular dan telah membuktikan bahawa ‘kita adalah juara’, sekurang-kurangnya dalam hal yang melucukan.




Posting bertajuk ‘Biryani Wrapsody’ oleh pengacara Nazrudin Habibur Rahman di Twitter menunjukkan paparan skrin yang diambil daripada pengguna akaun media sosial yang lain.

Posting asal oleh Wen Harn Loo itu menunjukkan seorang kakitangan restoran berdiri di gerai tandoori di luar premis Chennai Spice Cyberjaya.




Seorang pengguna Twitter berkata: “Kerana wajahnya seperti Freddie Mercury…”

Posting tersebut membawa kepada bebenang lucu oleh netizen yang meninggalkan komen berkaitan lirik lagu Bohemian Rhapsody, tetapi dimasukkan elemen ‘restoran mamak’.

Bebenang itu menjadi tular dan menerima 11,704 ulang kicau dan 7,401 tanda suka.

Rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa lelaki tersebut memang seiras dengan penyanyi rock terkenal itu. – The Star