Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Faktor disiplin jadi penentu Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya perlu memperkemaskan aspek disiplin di bahagian pertahanan jika mahu mencari bekalan selesa ke atas Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pandangan itu diutarakan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, yang berasakan pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe, perlu berhati-hati dalam merencana taktikal.




Walaupun skuad negara sudah mempunyai jentera serangan yang mantap, Asmawi tetap bimbang jika ia tidak diseimbangkan dengan kelonggaran ketika bertahan seperti mana terpamer ketika tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat kumpulan.

“Kalau dilihat, tiga gol yang telah dibolosi itu berlaku di bahagian bek tengah dan itu perlu diperbaiki. Malaysia tidak perlu memberi lawan meraih gol dengan mudah.

“Malaysia juga harus menyusun semula barisan ketika bertahan serta menurunkan pemain yang perlu, bermaksud keperluan ketika bertemu Thailand,” kata Asmawi.





Sementara itu, jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussein, pula berpendapat skuad negara perlu memberi tumpuan khusus kepada Adisak Kraisorn dan bintang muda, Supachai Jaided.

Bagi Sulaiman, tiada sebarang ruang boleh diberikan kepada mereka berdua, malah dia tidak fikir pemain muda seperti Supachai akan gentar menghadapi Harimau Malaya di Bukit Jalil.

“Saya nampak Adisak dan Supachai merupakan bintang muda yang bukan sahaja kuat daripada segi fizikal tetapi berkelebihan daripada segi mental.

“Jadi, saya tidak rasa kehadiran penyokong akan mengganggunya. Hanya perancangan rapi daripada Cheng Hoe yang mampu mengekang Thailand,” ujar Sulaiman. -stadiumastro



,