Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dua surau dicampak daging babi

JASIN: Dua surau di Serkam, di sini, dicampak ketulan daging dipercayai daging babi beserta nota oleh individu tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.




Kejadian pertama dikesan berlaku di Surau Kampung Bukit Serkam oleh penduduk yang mahu menunaikan solat subuh, pagi tadi.

Seorang penduduk, Adam Abdullah, 65, berkata dia ke surau terbabit kira-kira jam 5 pagi sebelum melihat ada selonggok daging berserta dua kad manila di hadapan pagar bahagian dalam pekarangan surau.

“Sebelum saya melaungkan azan, saya ambil kerusi dan kepung bahagian daging itu kerana bimbang jemaah lain terpijak.

“Selepas solat subuh, seorang jemaah menghubungi polis untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di surau terbabit, pagi tadi.

Katanya, polis peronda tiba sebelum jam 7 pagi, manakala Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba kira-kira dua jam kemudian bagi menjalankan siasatan sebelum dilihat mengangkat tiga ketul daging dipercayai daging babi.

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata pihaknya melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menerima laporan kejadian terbabit dan segera menghantar pasukan jam 6.15 pagi.

Beliau berkata, daging terbabit dipercayai ketulan daging babi dicampak ke dalam kawasan surau dan akan menghantarnya ke Jabatan Kimia.

“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan, perkara itu tidak wajar berlaku dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.





Daging babi dilempar dalam surau“Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut,” katanya.

Beliau juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk mengawal surau, masjid dan kuil atau rumah ibadat bagi menjaga keselamatan.

Katanya, beliau bimbang isu ini diambil kesempatan individu tidak bertanggungjawab dan masyarakat tidak boleh beremosi dalam isu berkenaan.

Dalam pada itu, satu lagi kes sama dikesan di Surau An Nur, Ladang Serkam, di sini, menggunakan modus operandi yang sama iaitu ketulan dipercayai daging babi diletakkan di hadapan pagar dalam pekarangan surau terbabit bersama dua keping nota.

Difahamkan, kejadian hanya disedari kira-kira jam 8 pagi oleh pekerja pembersihan.