Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cheng Hoe mahu Harimau belasah laos

PEMAIN Malaysia menjalani latihan ringan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam sebaKUALA LUMPUR 11 Nov. – Bermain di laman sendiri boleh menjadi motivasi atau pun tekanan buat pemain Malaysia dalam pertemuan dengan Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Pemain Harimau Malaya pastinya akan diberikan sokongan oleh penyokong sendiri manakala bermain di padang sendiri juga adalah satu kelebihan, namun semua itu akan berubah menjadi satu bentuk tekanan jika mereka gagal mempamerkan permainan seperti yang diharapkan oleh peminat di stadium.




Namun, jurulatih negara Tan Cheng Hoe memikirkan isu lain yang dihadapi pasukannya selepas mereka hanya menang 1-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan pertama iaitu untuk mempertajamkan bahagian serangan.

Kemenangan tipis ke atas Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh Khamis lalu, memberi gambaran kegagalan barisan serangan memanfaatkan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

“Pemain yang diturunkan semasa lawan Kemboja telah memberikan prestasi terbaik walaupun kita tahu di bahagian serangan kita banyak sia-siakan peluang. Kita perlu lebih tajam dan sempurnakan peluang yang terhidang dalam perlawanan esok.





“Laos, dari segi taktikal bertahan sangat baik dan berdisi­plin tinggi jadi saya harap pemain tidak terlalu tergesa-gesa untuk buat serangan kerana serangan balas pihak lawan boleh menghukum kita.

“Saya juga mahu pasukan gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan sebaik-baiknya dan memburu seberapa banyak gol, sebelum kita berdepan pasukan kuat Vietnam dan Myanmar,” katanya dalam sidang akhbar menjelang perlawanan di Stadium Nasional, hari ini.

Dalam perlawanan sulung di Phnom Penh, jaringan tunggal Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama memberi tiga mata berharga buat skuad negara.

Tambahan gol yang diharap­kan daripada rangkaian penye­rang negara Zaquan Adha Abd. Radzak, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan, termasuk percubaan Safawi dan Sumareh yang terkena tiang.



, ,