Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bengang dituduh tak tegur, Nabil tuntut Vida bayar hutang

Image result for Nabil Ahmad vidaPENGACARA Nabil Ahmad mempersoalkan mengenai hutang tertunggak yang masih belum dibayar oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Menurut Nabil, 35, berkata, hutang tersebut bukan melibatkan program Gegar Vaganza (GV), sebaliknya projek luar yang dilakukan bersama usahawan kosmetik itu sejak dua tahun lalu.




“Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu.

“Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.

“Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Isu hutang berkenaan dibangkitkan pengacara ini selepas Vida mendakwa Nabil dan Jihan Muse tidak menegurnya ketika dia berada di Konsert Akhir GV5, pada malam Ahad.

Menjawab dakwaan dilemparkan Vida itu, Nabil berkata ramai penonton di dalam dewan yang melihat dia dan Jihan menegur bekas penaja program tersebut.

“Kalau nak fitnah pun agak-agaklah, kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Saya tegur dia dan sempat melambai atas pentas lagi.

“Dia masuk dewan ketika program sudah mahu berakhir. Tapi tak apalah kalau dah fitnah kami nak buat macam mana. Tidak mengapalah, Allah maha mengetahui.





Kapsyen yang ditulis Vida membuatkan Nabil menerima kecaman dan hinaan daripada netizen.

“Cumanya, kalau ada benda yang tak puas hati, boleh hubungi saya terus, tak perlu nak tulis dekat laman sosial sehingga netizen menghina saya kerana benda yang tak betul macam itu,” katanya.

Pada malam tersebut, difahamkan beberapa wartawan dan tetamu turut menyaksikan Nabil dan Jihan menyapa Vida dari atas pentas semasa selingan commercial break.

Sebelum itu, pengasas produk Qu’Puteh itu meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehadirannya pada malam final ibarat tetamu tidak diundang.

Penyanyi lagu I Am Me ini dijemput oleh rakannya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Biar Apa Orang Kata.