Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bekas model mati sebagai militan Daish

Akhbar Australia, Herald Sun baru-baru ini menerbitkan laporan menamakan Amir Millson, yang mana ibunya seorang rakyat Malaysia, terbunuh ketika melancarkan serangan darat di Syria.




Dia yang menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di Curtin University di Perth, kembali ke Malaysia, dan dinobatkan sebagai pemenang Most Eligible Bachelor majalah Cleo Malaysia pada 2010.

Millson sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun Herald Sun melaporkan bahawa dia berubah secara radikal pada tahun 2014.

Amir Millson has reportedly been killed in the Syrian conflict. — Picture courtesy of Pn Tay’s blogAkhbar berkenaan melaporkan Millson menerusi posting di laman sosial pada 2015 berkongsi gambarnya sebagai seorang pejuang bersenjata di Syria.

Akhbar Daily Mail Australia melaporkan kematian Millson disahkan Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia pada September lalu.





Menurut catatan blog pada tahun 2010, Millson atau nama penuhnya Amirrudin Hud Rashid Milson berusia 27 tahun ketika memasuki dan memenangi pertandingan Most Eligible Bachelor.

Difahamkan, Millson pernah aktif sebagai model separuh masa.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi enggan mengulas mengenai laporan berkenaan.