Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aliff Syukri terlepas cakap isu warna kulit belum selesai… Pihak Santesh bertemu peguam

Image result for Santesh gegar vaganzaISU keterlanjuran kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri masih belum berkesudahan apabila penyanyi Santesh memaklumkan pihak syarikat rakamannya iaitu PU4LYF telah mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung perkara itu.

Ia berikutan tindakan Aliff membuat kenyataan memalukan mengenai warna kulit penyanyi tersebut semasa konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5), pada 4 November lalu.




“Pihak label tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri semasa selingan program tersebut.

“Jadi mereka ada bertemu dan berbincang dengan peguam, tapi saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia membabitkan pihak label,” kata penyanyi lagu Amalina  ini
kepada mStar Online.

Tindakan Aliff mencuba produk pada wajah seorang penonton mengundang rasa marah netizen.

Bagaimanapun, Santesh tidak menyatakan dengan jelas butiran perbincangan di antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, lelaki berusia 30 tahun ini berkata dia tidak menyimpan dendam dan bersedia bertemu usahawan tersebut.

“Saya tak ada masalah dengan Datuk Aliff sebab saya pun memang dah lama mengikutinya di Instagram dan sudah biasa tengok dia bercakap. Cuma malam itu, saya tak tahu apa niat dia.

“Sejujurnya, masa malam kejadian saya tak dengar apa dia cakap sebab bunyi dari atas pentas tak berapa jelas sehinggalah peminat beritahu di Instagram.






Komposer Harry Khalifah turut memuat naik video mempersoalkan kewajaran tindakan usahawan tersebut.

“Kalau perlu bertemu dengannya selepas ini saya okay sahaja, tak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Aliff mengundang kontroversi apabila ingin memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘hodoh’.

Dalam selingan promosi produk D’herbs itu, dia turut menyebut mengenai warna kulit penyanyi Santesh.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – mStar