Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

11 penyokong Ajax cedera

ATHENS: Seramai 11 penyokong kelab dari Belanda, Ajax cedera dalam pertempuran ketika saingan Liga Juara-Juara menentang AEK Athens di ibu negara Greek, awal pagi tadi, kata sumber polis.




Penyokong kedua-dua pasukan bertempur sebelum perlawanan bermula dan jurugambar AFP merakam aksi menunjukkan muka penyokong Ajax berlumuran darah selepas dipukul polis anti rusuhan.

Ketika ini, polis dikatakan cuba meleraikan pergaduhan dan memisahkan dua kumpulan penyokong di Athens Olympic Stadium.

Gambar seterusnya menunjukkan suar dibaling ke tempat duduk penonton yang dikhaskan untuk penyokong dari Belanda dan kawasan berkenaan dipenuhi asap tebal.


“Setakat ini, 11 orang disahkan sudah dihantar ke hospital, dengan kecederaan ringan,” kata pegawai media polis kepada AFP.

Laman media Greek, Proto Thema melaporkan, sebelum itu penyokong Ajax terbabit dalam insiden sama di tengah bandaraya Athens. Bagaimanapun, laporan mengatakan tiada individu cedera dalam kejadian berkenaan.

Dalam pertembungan peringkat kumpulan pagi tadi, Ajax menang 2-0 untuk layak ke pusingan kalah mati kejohanan elit Eropah berkenaan. – AFP



,